Tuesday, October 22, 2013

about what i think..what i feel..

Mana satu teori yang terbaik antara lima teori yang dibentangkan boleh digunakan untuk pembangunan Malaysia pada hari ini dan masa hadapan.
            Bagi memilihkan teori yang sesuai untk sesuatu negara, kita mestilah mengetahui situasi dan budaya negara tersebut.  Bagi Malaysia yang sedang membangun ini, kita mestilah menambahkan tumpuan kepada pembangunan negara dan tidak mengabaikan kebajikan mana-mana satu pihak pada masa yang sama.  Keunikan Malaysia terutamanya mempunyai pelbagai bangsa dan agama telah menambahkan kesusahan untuk memilihkan teori yang paling sesuai.  Oleh demikian, saya akan membandingkan beberapa teori tersebut dan membuat pilihan yang terbaik.
            Pada pandangan saya, Malaysia memerlukan teori yang berpandang jauh dan bermatlamat yang besar.  Seperti umum, kes-kes rasuah dan sekatan media massa telah mengakibatkan kemajuan Malaysia mengalami impak yang besar.  Hal ini bukan sahaja menyebabkan dasar- dasar tidak dapat dijalankan dengan lancar, maka menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia secara maksimum.
            Bagi sekularisme, kebaikan teori ini adalah memisahkan ajaran agama dan urusan negara.  Kebaikan ini telah mewujudkan kemunculan hak asasi manusia yang amat dipentingkan di seluruh dunia sekarang. Di samping itu, risiko berlakunya konflik antara agama dengan isu-isu politik akan dikurangkan.  Namun keburukannya adalah pelan yang berkaitan dengan teori agak pendek, maknanya balasan didapatkan dalam masa yang pendek, tetapi bilangan ataupun nilainya sedikit.  Oleh itu, teori ini tidak sesuai untuk Malaysia.
            Teleologi adalah suatu teori yang menilai suatu tindakan berdasarkan hasil, konsekuensi, atau tujuan dari tindakan tersebut.  Tambahan pula, teori ini lebih mementingkan tujuan dan akibat bagi sesuatu peristiwa.  Kebaikan teori ini senang kita dapati iaitu apa jua pelan ataupun dasar yang dikemukan boleh berjalan dengan lancar dan berpeluang tinggi untuk mencapai matlamat tersebut.  Namun dengan implikasi yang sama, cara-cara dan kaedah yang digunakan semasa melaksanakan tugas tersebut tidak kira “forms follow functions” ataupun “functions follow forms” boleh melibatkan kes jenayah, berat-sebelah ataupun kesalahgunaan kuasa.  Sebab demikian, teleology tidak sesuai untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia.
            Selepas itu, saya berpandangan negatif kepada kedua-dua teori egosime dan utilitarianisme.  Sebenarnya dua teori ini memang membawa kebaikan yang besar, namun dua teori ini tidak seberapa sesuai kalau diamalkan di Malaysia.  Beberapa isu-isu sensitif akan dibangkitkan semula kerana dua teori ini akan mendapatkan kebaikan yang terbesar, oleh itu kebajikan segilintir pihak akan diabaikan.  Sebagai contoh, pengorbanan kaum ataupun agama terpaksa dilakukan dan dikemukakan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan bagi kaum atau penganut agama yang berbilangan lebih besar.  Dengan penerangan yang mudah, saya tidak mengalakkan dua teori ini diamalkan ataupun diwujudkan di Malaysia.
            Bagi deontologi pula, teori ini mempunyai tegasan yang bertentang dengan teleologi, Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut, manakala teori deontologi ini menyokong lebih banyak kepada moral kewajipan.  Hal demikianlah teori ini akan memberikan tumpuan kepada niat dan notif bagi sesuatu peristiwa.  Menurut Immanuel Kant, akibat atau keputusan sentiasa tidak terkawal, oleh itu kebaikan dan keburukan seharusnya diiktiraf menggunakan niat yang asli bagi peristiwa tertentu.  Keburakan teori ini adalah martabat ataupun standar bagi setiap peristiwa adalah berbeza, seterusnya teori ini mengakibatkan perbandingan atau perselisihan faham ketika prinsip-prinsip teras dua pihak berlanggar.
            Saya lebih menyokongkan teori deontologi sebab teori ini mengamalkan niat yang sihat dan amanah, di samping itu, situasi dan keputusan yang adil akan diwujudkan sentiasa.  Bagi Malayia yang berbagai kaum ini, memang banyak berlakunya perselisihan faham atau pertelingkahan antara kaum dan agama.  Oleh itu apa yang diperlukan adalah sikap keterbukaan dan niat yang boleh bertolak ansur, tidak kiralah apa yang akan terjadi, kalau kita sentiasa mempunyai sikap positif, maka pelan yang berjangka panjang ini dapat membawa fungsinya.  Saya juga menpertimbangkan keburukan teori ini, saya mendapati persoalan dan masalah yang dikemukakan dapat dan layak diselesaikan.  Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, semakin kita boleh mengatasikan masalah yang dihadapi, semakan kita memperolehi dan memaksimumkan kebaikan yang dibawa oleh teori ini.
            Seperti apa yang pensyarah saya katakan, semua teori yang dibentangkan muncul sebelum Zaman Renaissance, maka kesusuaian teori-teori tersebut pada masa kini merupakan soalan yang kita seharusnya fikirkan dan timbangkan.  Namun begitu, semua pihak haruslah berganding bahu demi kemajuan negara, dan bersedia untuk menerima teori ataupun idea yang baharu, demi memberi sumbangan dan mempimpinkan orang ramai menjelangkan dan menjemputkan Malaysia yang berpotensi menjadikan salah satu negara yang terjaya di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment