Mana
satu teori yang terbaik antara lima teori yang dibentangkan boleh digunakan
untuk pembangunan Malaysia pada hari ini dan masa hadapan.
Bagi memilihkan teori yang sesuai
untk sesuatu negara, kita mestilah mengetahui situasi dan budaya negara
tersebut. Bagi Malaysia yang sedang
membangun ini, kita mestilah menambahkan tumpuan kepada pembangunan negara dan
tidak mengabaikan kebajikan mana-mana satu pihak pada masa yang sama. Keunikan Malaysia terutamanya mempunyai
pelbagai bangsa dan agama telah menambahkan kesusahan untuk memilihkan teori
yang paling sesuai. Oleh demikian, saya
akan membandingkan beberapa teori tersebut dan membuat pilihan yang terbaik.
Pada pandangan saya, Malaysia
memerlukan teori yang berpandang jauh dan bermatlamat yang besar. Seperti umum, kes-kes rasuah dan sekatan
media massa telah mengakibatkan kemajuan Malaysia mengalami impak yang
besar. Hal ini bukan sahaja menyebabkan
dasar- dasar tidak dapat dijalankan dengan lancar, maka menurunkan taraf hidup
rakyat Malaysia secara maksimum.
Bagi sekularisme, kebaikan teori ini
adalah memisahkan ajaran agama dan urusan negara. Kebaikan ini telah mewujudkan kemunculan hak
asasi manusia yang amat dipentingkan di seluruh dunia sekarang. Di samping itu,
risiko berlakunya konflik antara agama dengan isu-isu politik akan
dikurangkan. Namun keburukannya adalah
pelan yang berkaitan dengan teori agak pendek, maknanya balasan didapatkan
dalam masa yang pendek, tetapi bilangan ataupun nilainya sedikit. Oleh itu, teori ini tidak sesuai untuk Malaysia.
Teleologi adalah suatu teori yang menilai suatu
tindakan berdasarkan hasil, konsekuensi, atau tujuan dari tindakan tersebut. Tambahan pula, teori ini lebih mementingkan
tujuan dan akibat bagi sesuatu peristiwa.
Kebaikan teori ini senang kita dapati iaitu apa jua pelan ataupun dasar
yang dikemukan boleh berjalan dengan lancar dan berpeluang tinggi untuk
mencapai matlamat tersebut. Namun dengan
implikasi yang sama, cara-cara dan kaedah yang digunakan semasa melaksanakan
tugas tersebut tidak kira “forms follow functions” ataupun “functions follow
forms” boleh melibatkan kes jenayah, berat-sebelah ataupun kesalahgunaan kuasa. Sebab demikian,
teleology tidak sesuai untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Selepas itu, saya berpandangan negatif kepada kedua-dua
teori egosime dan utilitarianisme. Sebenarnya
dua teori ini memang membawa kebaikan yang besar, namun dua teori ini tidak
seberapa sesuai kalau diamalkan di Malaysia.
Beberapa isu-isu sensitif akan dibangkitkan semula kerana dua teori ini
akan mendapatkan kebaikan yang terbesar, oleh itu kebajikan segilintir pihak
akan diabaikan. Sebagai contoh,
pengorbanan kaum ataupun agama terpaksa dilakukan dan dikemukakan untuk
mendapatkan keuntungan yang lumayan bagi kaum atau penganut agama yang berbilangan
lebih besar. Dengan penerangan yang
mudah, saya tidak mengalakkan dua teori ini diamalkan ataupun diwujudkan di
Malaysia.
Bagi deontologi pula, teori ini mempunyai tegasan yang bertentang
dengan teleologi, Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu
tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut,
manakala teori deontologi ini menyokong lebih banyak kepada moral
kewajipan. Hal demikianlah teori ini
akan memberikan tumpuan kepada niat dan notif bagi sesuatu peristiwa. Menurut Immanuel Kant, akibat atau keputusan
sentiasa tidak terkawal, oleh itu kebaikan dan keburukan seharusnya diiktiraf
menggunakan niat yang asli bagi peristiwa tertentu. Keburakan teori ini adalah martabat ataupun standar
bagi setiap peristiwa adalah berbeza, seterusnya teori ini mengakibatkan
perbandingan atau perselisihan faham ketika prinsip-prinsip teras dua pihak
berlanggar.
Saya
lebih menyokongkan teori deontologi sebab teori ini mengamalkan niat yang sihat
dan amanah, di samping itu, situasi dan keputusan yang adil akan diwujudkan
sentiasa. Bagi Malayia yang berbagai
kaum ini, memang banyak berlakunya perselisihan faham atau pertelingkahan
antara kaum dan agama. Oleh itu apa yang
diperlukan adalah sikap keterbukaan dan niat yang boleh bertolak ansur, tidak
kiralah apa yang akan terjadi, kalau kita sentiasa mempunyai sikap positif,
maka pelan yang berjangka panjang ini dapat membawa fungsinya. Saya juga menpertimbangkan keburukan teori
ini, saya mendapati persoalan dan masalah yang dikemukakan dapat dan layak
diselesaikan. Di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan, semakin kita boleh mengatasikan masalah yang dihadapi, semakan
kita memperolehi dan memaksimumkan kebaikan yang dibawa oleh teori ini.
Seperti
apa yang pensyarah saya katakan, semua teori yang dibentangkan muncul sebelum
Zaman Renaissance, maka kesusuaian teori-teori tersebut pada masa kini
merupakan soalan yang kita seharusnya fikirkan dan timbangkan. Namun begitu, semua pihak haruslah berganding
bahu demi kemajuan negara, dan bersedia untuk menerima teori ataupun idea yang
baharu, demi memberi sumbangan dan mempimpinkan orang ramai menjelangkan dan
menjemputkan Malaysia yang berpotensi menjadikan salah satu negara yang terjaya
di seluruh dunia.